Jenama ArmadeO ni sebenarnya saya yang namakan sendiri. Nama ArmadeO itu muncul tanpa sebab! Tanpa SEBAB!! Terlintas difikiran saya bila lecturer push saya tanya apa jenama produk saya. Ya, nama ArmadeO adalah nama spontan. Urm... bagi saya nama ArmadeO itu seksi, sedap disebut. Dan saya menggunakan jenama ArmadeO sepanjang saya berada di kolej PTPL Shah Alam, jika melibatkan perniagaan atau perkenalkan produk.
Mula dengan ArmadeO ROBE... saya perkenalkan jubah yang kononnya adalah jenama dan rekaan saya sendiri. Kemudian ArmadeO boutique, katanya jenama untuk memperkenalkan baju-baju tradisional Malaysia. Kononlah! Dan sekarang, saya gunakan sekali lagi iaitu ArmadeO Cosmetics untuk subjek E-Dagang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 Komentar:
Catat Ulasan