RSS

RANGAKAIAN PRODUK ANUGERAH

Losyen Sejuta Khasiat Anugerah (Haruman Apple Garden)


Losyen Sejuta Khasiat Anugerah (Haruman Apple Garden)
Mendapatkan kulit yang cantik dan gebu adalah impian semua orang terutamanya wanita. Tidak kira apa latar belakang anda, kecantikan adalah sememangnya milik anda.
Losyen Sejuta Khasiat Anugerah bukan sekadar losyen biasa untuk kecantikan dan kesihatan tetapi ia mengandungi empat kombinasi penting yang memberi kesan terbaik kepada anda:

1.Dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa pilihan untuk merawat, melindung dan mencapai hajat dengan izin Allah Taala.3.Haruman Apple Garden yang segar dan sesuai digunakan setiap masa.
2.Khasiat 7 herba traditional yang terbukti berkesan untuk mencantikkan kulit dan membantu menghilangkan kesakitan.4.Tekstur losyen yang lembut, halus , tidak melekit menjadikan ia mudah meresap ke dalam kulit anda dan mempercepatkan proses pemulihan.

Kandungan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah

• Ekstrak lengkuas• Ekstrak serai
• Ekstrak limau purut• Ekstrak minyak kayu putih
• Ekstrak halia• Ekstrak daun bidara
• Ekstrak avokado• Menthol
• Methyl salicate• Carbomer
• Minyak wangi• Air

Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:

• Ayat-ayat Ruqyah• Ayat Ruqyah Jibril
• Ayat Ruqyah Nabawiyyah• Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah• Pendinding al-Muawwizat
• Saiyidul istighfar (penghulu taubat)• Ayat Kursi
• Ayat pembatal sihir dan pukau• Ayat penawar sihir dan pukau
• Doa penghindar gangguan syaitan• Doa penghindar hasutan syaitan
• Doa bakar jin dan syaitan• Ayat penawar seribu guna
• Ayat pendamaian• Ayat pelembut hati
• Doa pengasih• Doa seri wajah
• Doa pelaris perniagaan• Doa penyejuk
• Doa atasi gangguan tidur• Doa atasi cemburu dan hasad dengki
• Doa pendinding• Doa terang hati
• Salam sulaiman• Solat hajat

Kaedah penggunaan
 Sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca al-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luar sahaja. Pastikan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah tidak dilangkah.


Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah


Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah

Kembali sihat selepas berpantang dengan Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah.

Wanita yang bersalin sering terdedah dengan simptom meroyan dan kemurungan. Perubahan fizikal selepas bersalin juga mempengaruhi tahap kesihatan diri yang memerlukan penjagaan dan kawalan dengan pengambilan makanan tambahan yang berkhasiat.

Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti tongkat ali putih, daun inai, daun senduduk dan hempedu bumi yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kesihatan wanita yang bersalin. 

Ia membantu:

• mencegah buasir, masalah keputihan dan menaikkan seri muka.
• melancarkan peredaran darah, menghilangkan bisa-bisa di dalam badan dan membantu mengurangkan masalah meroyan atau kemurungan.
• menyeimbangkan paras gula di dalam darah, meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.
• memastikan keanjalan kulit selepas bersalin.

Kandungan Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah:

• Tongkat ali putih
• Daun inai
• Daun senduduk
• Hempedu bumi


Kismis Organik Anugerah


Kismis Organik Anugerah
Berikan anak anda makanan yang berkhasiat untuk pembelajaran mereka dengan Kismis Organik Anugerah. Ia mengandungi  zat besi, potassium, magnesium, kalsium, vitamin B1, B3 dan B6. Kismis Organik Anugerah telah dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa terpilih, menjadikan ianya makanan terbaik untuk kecergasan fizikal, mental, emosi dan rohani anak anda.

Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:

  • Bacaan 30 juzuk al-Quran
  • Surah al-Fatihah
  • Surah Yaasin
  • Surah Ash-Sharh’ (Surah Al Inshirah)
  • Doa penerang hati

Kandungan Kismis Organik Anugerah:

• Kismis hitam


Brain Booster Anugerah


Brain Booster Anugerah

Untuk menjaga kesihatan otak, pengambilan makanan dengan kandungan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, garam mineral dan vitamin yang seimbang adalah penting. Ia boleh mempengaruhi pemprosesan  memori melalui zat-zat dan nutrien-nutrien yang terdapat di dalam makanan.

Kepentingan diet di dalam kaedah meningkatkan memori semakin signifikan di kalangan ramai kanak-kanak malah golongan dewasa yang terdedah dengan makanan yang kurang berzat dan tidak menyihatkan. Mereka menghadapi masalah mudah lupa, kurang konsentrasi dan kesukaran untuk menaakul sesuatu perkara.

Ulama-ulama silam telah mengetengahkan isu ini dengan menganjurkan penuntut-penuntut ilmu dan hafiz al-Quran supaya mengambil makanan-makanan yang tertentu untuk meningkatkan daya ingatan. Dengan mengambil makanan yang baik untuk otak, ia bukan sahaja baik untuk perkembangan intelektual, malah menyuburkan rohani dan peribadi yang mulia.

Brain Booster Anugerah menggabungkan elemen-elemen penting untuk pemakanan sihat.

Manfaat Brain Booster Anugerah adalah :
Dibacakan dengan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa sebagai ikhtiar dalam sudut pemakanan Islam. 

Intipati herba tradisional
Ekstrak ginkgo biloba dipercayai secara tradisional untuk kesihatan dan kekuatan minda. Pegaga pula sering digunakan oleh nenek moyang masyarakat Asia untuk penajaman minda . 

Selain itu, sumber choline dan Phosphatidylserine yang ditemui di dalam soya turut membantumeningkatkan kesihatan secara amnya.


Kismis Emas Anugerah


Kismis Emas Anugerah

Berikan anak anda makanan yang berkhasiat untuk pembelajaran mereka dengan Kismis Emas Anugerah. Ia mengandungi  zat besi, potassium, magnesium, kalsium, vitamin B1, B3 dan B6. Jadikan Kismis Emas Anugerah sebagai makanan terbaik untuk kecergasan fizikal, mental, emosi dan rohani anak anda.

Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:

  • Bacaan 30 juzuk al-Quran
  • Surah al-Fatihah
  • Surah Yaasin
  • Surah Ash-Sharh’ (Surah Al Inshirah)
  • Doa penerang hati

Kandungan Kismis Emas Anugerah:

• Kismis


Minyak Kasturi Anugerah - Kepintaran Anak


Minyak Kasturi Anugerah - Kepintaran Anak

Minyak kasturi adalah haruman yang mempunyai banyak kelebihan kepada pemakainya, sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi".

Minyak Kasturi untuk Kepintaran dan Pelembut Hati Anak


Tiada yang lebih penting daripada melihat anak anda berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Sokongan dan dorongan anda amat penting bagi mereka.

Namun, dalam situasi yang genting seperti menghadapi peperiksaan besar, mereka tidak mampu menangani tekanan dan konflik emosi yang mengganggu tumpuan mereka.

Keadaan yang serupa juga berlaku kepada anak yang sukar menerima teguran dan berkelakuan yang tidak sepatutnya. Jiwa mereka perlu dilembutkan dan ditenangkan.

Apabila anda sapukan Minyak Kasturi Anugerah Kepintaran Anak pada anak anda, Insya-Allah minda mereka akan mudah menerima ilmu dan saranan yang baik.

Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:

• Ayat-ayat Ruqyah• Ayat Ruqyah Jibril
• Ayat Ruqyah Nabawiyyah• Selawat syifa’
• Doa-doa syifa’• Selawat Tafrijiyyah
• Saiyidul istighfar (penghulu taubat)• Ayat Kursi
• Ayat penawar seribu guna• Ayat pendamaian
• Ayat pelembut hati• Doa penyejuk
• Doa penerang hati• Salam sulaiman
• Solat hajat 

Kandungan Minyak Kasturi Anugerah - Kepintaran Anak:

• Kasturi kijang

Kaedah penggunaan
 
Baca al-Fatihah dan selawat 3 kali sambil menghadap kiblat.Sapukan sedikit Minyak Kasturi Anugerah pada ubun-ubun anak anda dan diusap kepalanya sambil melafazkan niat kepada Allah S.W.T. Suruh anak anda bau minyak kasturi tersebut sedalam-dalamnya sambil berselawat sebanyak 3 kali.
Bagi anak yang sukar bekerjasama dengan anda, campurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandian mereka.


Air Anugerah

Air Anugerah

Sembuhkan sakit luaran dan dalaman dengan kehebatan air beralkali dari Air Anugerah.

Air Anugerah adalah air yang bersifat alkali yang menggabungkan kehebatan sains dan perubatan Islam untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda.


Kelebihan Air Anugerah:

• meneutralkan kandungan asid berlebihan dalam badan.
• menyahkan sisa toksin dari dalam badan.
• menghidrat supaya tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air.
• menguatkan sistem pertahanan badan dari serangan penyakit.
• ejen antioksidan yang terbaik.

Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa Anugerah untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:

• Surah al-Faatihah untuk menyembuh keracunan • Surah al-Syarh untuk menghilangkan kesulitan dan bebanan
• Surah al-Qadr untuk membuka minda, hati dan menerangkan mata • Surah al-Kafirun untuk menghindari gangguan jin dan syaitan
• Surah al-Ikhlas untuk menjauhi dari pandangan manusia yang berniat jahat • Surah al-Falaq untuk menyembuh penyakit siang dan malam
• Surah al-Isra’ ayat 28 untuk pendinding dan pembimbing • Surah at-Taubah ayat 128 untuk menghilangkan kesakitan
• Ayat Kursi untuk menghindar gangguan jin dan syaitan • Surah al-Baqarah untuk keselamatan dari malapetaka yang tidak dijangka
• Surah al-Isra’ untuk penawar segala jenis kesakitan • Surah as-Saaffaat untuk mendapat kesihatan tubuh badan
• Surah A-li’imraan untuk kesihatan dan pelindung dari ganguan jin dan syaitan • Ayat-ayat Ruqyah
• Bacaan istighfar untuk pengampunan dan penyembuh rohani dan jasmani • Bacaan doa penyembuh angin ahmar
• Bacaan doa khatamul Quran untuk penyembuh penyakit rohani dan jasmani • Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah • Ayat penawar dan pembatal sihir dan pukau
• Doa menghindari ganguan syaitan • Ayat pendamai
• Ayat pelembut hati • Doa pengasih
• Doa pelaris perniagaan • Doa penyejuk hati
• Doa menghindar gangguan semasa tidur • Doa pendinding
• Doa penerang hati  

Dapatkan Air Anugerah sekarang dan anda mendapat manfaat seperti:
• penyakit luaran dan dalaman semakin pulih 
• wajah semakin ceria dan berseri 
• hati menjadi lunak dan mudah menerima perkara yang baik 
• badan semakin bertenaga dan bersemangat 
• rumahtangga semakin harmoni dan gembira 
• terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus 
• hati semakin lembut dan mudah menerima nasihat (untuk kanak-kanak) 
• daya ingatan semakin kuat dan cerdas 
• mudah untuk melahirkan anak (untuk wanita hamil)

Kandungan Air Anugerah:

• Punca air : Bekalan air paip yang dirawat (SYABAS). No kelulusan KKM163 (52/W/11)

Kaedah penggunaan
Baca Bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.Kemudian lafazkan niat dalam hati. Boleh disapu pada muka dan kepala. Pastikan Air Anugerah tidak dilangkah.

Harga RM4.50


Walit King Anugerah


Walit King Anugerah

Tingkatkan kesihatan anda dengan sarang burung walit dari Walit King Anugerah. Tanpa bau hanyir, sedap dan tanpa perlu bayar ratusan ringgit.

Sarang burung walit adalah satu makanan yang mempunyai nilai pemakanan dan manfaat kesihatan yang terbaik. Namun, oleh kerana kos penghasilan yang tinggi serta status halal yang diragui, pengguna agak sukar untuk mencari sarang burung walit yang halal dan selamat.

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh mendapatkan khasiat sarang burung walit yang halal serta mudah dimiliki.

Walit King Anugerah adalah minuman kesihatan yang mengandungi sarang burung walit dan kelapa pandan. Rasanya sedap dan boleh diminum pada bila-bila masa.

Khasiat Walit King Anugerah baik untuk:
  • - perokok yang mahu mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin, menghilangkan batuk dan mencairkan kahak.
  • - wanita yang inginkan kulit yang cantik, berseri dan awet muda.
  • - wanita hamil untuk membantu mengurangkan sakit pada punggung dan dapat mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan anak.
  • - kanak-kanak yang inginkan zat tambahan untuk tumbesaran, meningkatkan selera makan dan mengelakkan demam.
  • - warga emas yang ingin meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.

Kaedah penggunaan:

Boleh diminum pada bila-bila masa. Sedap diminum ketika sejuk. Habiskan selepas dibuka.


PRODUK DNARS



1) SET ASAS NORMAL/JERAGAT
RM 59.90(SM) RM 63.90(SS)
Kandungan: 
1 Sabun Normal
1 Sabun Collagen 
1 Day Cream (sunblock)
1 Beauty Cream (night)
Set ini dirumus khusus untuk anda yang berkulit biasa atau menghadapi masalah jeragat.
Set ini akan membantu anda untuk menghilangkan jeragat, pigmentasi, parut pada wajah, kulit kusam, kulit wajah yang tidak sekata, mengusir sel kulit mati pada wajah, menghalus dan mengecilkan liang pori, menegang dan mencerahkan kulit wajah , dan lain-lain masalah wajah yang lazim dihadapi kaum wanita.
Untuk membantu anda mendapat kesan yang lebih baik dan cepat supaya kulit anda lebih gebu dan halus, anda digalakkan mengambil set penuh yang mengandungi set asas seperti di atas dan dicampur dengan Toner Collagen@Toner Treatment, Ku Neng Collagen@Krim Ku Neng dan Magic Gold Foundation.
Harga untuk set penuh, RM 154.60(SM) RM 174.60(SS)

2) SET ASAS JERAWAT / BERMINYAK
RM 59.90(SM) RM 63.90(SS)
Kandungan:
2 Sabun Jerawat
1 Day Cream (sunblock)
1 Beauty Cream (night)
Set ini dirumus khusus untuk anda yang menghadapi masalah wajah berjerawat dan kulit yang berminyak.
Set ini akan membantu anda untuk mengatasi masalah kulit berjerawat, menghilangkan parut jerawat. Juga membantu anda mengatasi masalah kulit yang berminyak serta masalah resdung. Selain daripada membantu anda untuk masalah-masalah tersebut, set ini juga akan membantu anda untuk menegang, menghalus dan mencerahkan kulit wajah.  
Untuk membantu anda mendapat kesan yang lebih baik dan cepat supaya kulit anda lebih gebu dan halus, anda digalakkan mengambil set penuh yang mengandungi set asas seperti di atas dan dicampur dengan Toner Treatment, Ku Neng Collagen dan Silky Gold Foundation.
Harga untuk set penuh, RM 158.60(SM) RM 171.60(SS)

3. WHITENING BODY SHOP
RM 19.90(SM) RM 21.90(SS)
Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit untuk menghilangkan bau badan, menanggalkan bintik-bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku, celah paha dan kawasan pelipatan. Juga boleh membantu anda menghilangkan parut-parut halus dan parut akibat demam campak. Badan tidak melekit walaupun berpeluh atau selepas berpeluh.
Perubahan akan dapat dilihat dalam masa 1-2 minggu penggunaan.


4. KAPSUL PUERARIA MIRIFICA
RM 57.90(SM) RM 59.90(SS)
Kandungan: 30 kapsul
Secara puratanya kitaran haid wanita akan berhenti antara usia 48-50 tahun dan aras estrogen akan menurun. Apabila ini berlaku badan wanita akan mengalami perubahan mendadak. Masalah kemurungan, keresahan, tekanan emosi dan lain-lain masalah yang hampir sama akan mula berlaku. Badan akan menjadi panas , letih dan masalah keguguran rambut juga akan berlaku.
Untuk membantu anda daripada menghadapi masalah-masalah seperti itu kami tampilkan Kapsul Pueraria Mirifica. Produk semulajadi ini yang dirumus khas untuk kesihatan fungsi seksual dan pengawetan muda di kalangan wanita.

Kapsul Pueraria Mirifica boleh membantu anda seperti berikut;
  • Kitaran haid yang lebih sihat
  • Meningkatkan rembesan wanita
  • Memelihara sifat seksual wanita
  • Meningkatkan tahap tenaga badan
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Membekalkan nutrien kepada kulit khususnya di sekitar payudara
  • Mengurangkan kedut muka dan pigmentasi
  • Mengelakkan keputihan rambut di usia muda.

Cara Pengambilan;
Wanita berkahwin – 2 biji malam
Wanita belum berkahwin – 1 biji malam
Banyakkan minum air

5. Minuman Pracampuran Pueraria Mirifica Plus Collagen
RM 41.90 (SM) RM 45.90 (SS)
Kandungan: 20 paket
Minuman ini ditampilkan untuk pemulihan tisu payudara dan meningkatkan rembesan ke tahap yang lebih tinggi. Ianya boleh membantu kaum wanita yang inginkan payudara yang lebih cantik dalam masa yang singkat tanpa sebarang kesan sampingan.
Cara pengambilan;
Masukkan satu paket ke dalam secawan air panas, kacau dan minum sewaktu sarapan pagi. Amalkan setiap hari.




6. Minuman Campuran Mr Smart Café Plus Collagen
RM 41.90(SM) RM 45.90(SS)
Kandungan: 20 paket
Boleh membantu lelaki mengurangkan berat badan dan meneguhkan otot jantung. Juga membantu meransang tenaga seksual , meransang pengeluaran hormon.
Cara Pengambilan;
Masukkan satu paket ke dalam secawan air panas, kacau dan minum sewaktu sarapan pagi. Amalkan setiap hari.


7. KAPSUL TY SLIM
RM 39.90(SM) RM 41.90(SS)
Kandungan: 100 kapsul
Berat badan yang berlebihan terbahagi kepada 3 jenis. Berat badan lebih kerana air yang berlebihan dalam badan. Angin yang berlebihan dan juga berat kerana daging.
Pil ini mampu membantu anda untuk mengatasi masalah berat badan yang berlebihan. Dengan mengambil pil ini ianya akan membuat anda lebih kerap membuang air yang berlebihan dalam badan, membuang angin dan membantu usus menolak segala bahan buangan, lemak, dan toksik melalui proses pembuangan air besar tanpa mengakibatkan cirit birit. 
Untuk berat badan yang disebabkan masalah daging ianya akan mengambil masa yang lebih lama berbanding masalah berat badan kerana air dan angin. Ini disebabkan lemak yang terkumpul telah menjadi tepu dan bergumpal dengan daging. Untuk mengatasi masalah ini anda dinasihatkan mengambil kapsul ini dan disertakan dengan aktiviti bersenam.

D'Herbs Syampu Super Lebat

Syampoo Super Lebat

Super lebat shampoo dirumuskan khas daripada 100% herba yg diperkaya dengan vitamin dan protein untuk kesuburan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut,khusus bagi masalah rambut bercabang,kering,gugur dan kelemur dapat diatasi.
Untuk kesan berganda gunakan bersama Super Lebat Cream untuk kekal hitam,gelap dan harum.Sesuai untuk semua jenis rambut kering,normal dan berminyak dan boleh digunakan oleh lelaki atau pun perempuan.

Dirumus khas daripada 100% herba yg diperkaya dengan vitamin dan protein untuk kesuburan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.

KEBAIKAN
  1. Mengekalkan rambut asli kehitam-hitaman
  2. Digunakan sebagai shampoo harian
  3. Membekalkan oksigen kepada rambut untuk  pertumbuhan dan menguatkan akar.
  4. Mengatasi masalah gugur,beruban,kelemumur dan melebatkan rambut.

KANDUNGAN
Extract of hisbicus
2. Virgin coconut oil
3. Oive oil
4. Spirulina
5. Mengkudu
6. Vitamin dan mineral
7. Citrus hystrix
8. Delonized water

HARGA RM25.00

D'Herbs Toner Madu Propolis

Toner Madu Propolis

Gabungan vitamin C & kolagen khusus untuk mencerahkan, melembabkan, menganjalkan kulit wajah & anti penuaan.

RAHSIA PENCERAHAN & PENEGANGAN KINI BUKAN LAGI RAHSIA!! Toner Madu Propolis diformulasikan dari gabungan vitamin C & kolagen khusus untuk mencerahkan, melembabkan, menganjalkan kulit wajah & anti penuaan. Toner Madu Propolis juga dapat membantu mengecilkan pori-pori wajah serta menyinkirkan bintik-bintik hitam pada kulit wajah, Ianya juga membersihkan kulit wajah dan ianya dapat meresap jauh kedalam epidermis kulit, melembapkan kulit wajah.

FUNGSI
  1. Krim panas pelbagai gunaMencerahkan Kulit
  2. Memudarkan parut dan kesan jerawat
  3. Menganjalkan dan menghaluskan kulit
  4. Anti Penuaan
  5. Anti Oksigen
  6. Menyerikan wajah
  7. Mengecilkan liang pori
  8. Menyingkirkan bintik bintik hitam di wajah

 KANDUNGAN
Aqua, Glycerin, Lactic Acid, Aloe Barbadensis Leaf Extrac, Cucumis Sativus ( cucumber ) Extrac, Saxifraga sarmentosa extrac, vitis vinifera ( grape seed ) extrac, Morus bombyscis root extrac, Scutellaria baicalensis root extrac, Ascorbic Acid, Propolis Soluble Collagen, Niacinamide, Panthenol, Fragrance & Imidazolidinyl Urea.

CARA GUNA
  1. Picit sedikit di tapak tangan, kemudian sapukan dengan sekata dibahagian wajah.
  2. Digunakan pada waktu siang dan malam selepas mencuci muka.
  3. Untuk kegunaan luar sahaja.
Untuk kesan berganda gunakan Sabun Madu Propolis RM19.90 dan Krim Malam/Siang Propolis RM29.90.

HARGA
26.90

D'Herbs Trial Pack Set Super Lebat

Trial Pack Set Super Lebat

Didatangkan dalam pek bersama shampoo,krim lebat dan perapi rambut. Untuk menghitamkan,lebat,harum,halus dan bersinar. Sesuai untuk semua jenis rmbut normal ,kering dan rosak.

Harga:
RM 43.00 

D'Herbs PEWARNA RAMBUT SUPER LEBAT

Pewarna Rambut Super Lebat Hitam

Dirumuskan khas daripada 100% herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein untuk kesuburan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Harga:
RM 29.90

D'Herbs Set Bersalin Mak Bidan

Set Bersalin Mak Bidan

Harga:
RM 199.00

Menambah tenaga dan memberi kesegaran selepas melalui proses bersalin , memulih dan menyihatkan rahim, menyembuhkan luka jahitan.

KANDUNGAN
  1. PATI HERBA MAK BIDAN
  2. PILIS & PARAM MAK BIDAN
  3. KRIM PANAS MAK BIDAN
  4. KAPSUL JAMU MAK BIDAN
  5. MINYAK TELON
  6. TUNGKU HERBA MAK BIDAN
  7. PERAWAN HERBAL WASH
 Percuma MANDIAN HERBA MAK BIDAN

KHASIAT PILIS & PARAM MAK BIDAN
  1. Mengeluarkan angin dalam badan, membakar lemak, melangsingkan badan dan mengurangkan selulit
  2. Di sapu di seluruh badan terutama di bahagian perut sebelum memakai bengkung

KHASIAT KAPSUL DAN JAMU MAK BIDAN
Merapatkan otot vagina, mengecutkan rahim, melangsingkan badan dan menambah tenaga serta menyihatkan badan.

KHASIAT MINYAK TELON
Digunakan untuk mengatasi masalah kembung perut dan menghangatkan badan bayi.

PERAWAN HERBAL WASH
Membersih alat sulit dari bakteria dan memberi kesegaran agar sentiasa bersih dan segar sepanjang hari.

D'Herbs Tungku Berherba Mak Bidan

Tungku Berherba Mak Bidan

Harga:
RM 39.90

Tungku Beherba Mak Bidan di inspirasikan dari pakar perbidanan melayu asli yang telah di modenkan menjadi tradisi sejak turun temurun dahulu.

FUNGSI

  1. Untuk melancarkan perjalanan darah , melembutkan urat betis yang tegang akibat terlalu banyak duduk, berlari atau berjalan.
  2. Menghilangkan kesakitan bengkak urat yang dialami.
  3. Untuk membuang darah kotor dan membuang angin dalam badan.
  4. Untuk memecahkan angin yang berada di dalam badan dan perut, disamping dapat memecahkan lemak, serta dapat mengatasi masalah perut buncit.
  5. Menghindarkan daripada gastrik.
  6. Melancarkan pernafasan dan menyenangkan membuang asir besar dan kecil.
  7. Ibu yang sedang berpantang amat sesuai menggunakan Tungku Herba Mak Bidan ini.

CARA
  1. Kukus tunku selama 15-20 minit sebelum digunakan.
  2. Untuk kesan berganda amalkan makanan tambahan pati herba mak bidan bagi menjaga bahagian dalaman ibu bersalin.
KANDUNGAN
  1. Daun serai wangi
  2. Daun mengkudu
  3. Daun asam jawa
  4. Daun dan buah limau purut
  5. Chempor
  6. Buah kedeka
  7. Cabai tali
  8. Cabai pintal
  9. Halia
  10. Daun salam
  11. Lengkuas
  12. Halba dan 50 jenis rempah ratus ramuan tradisional melayu yang terpilih..

Sabun Herba Anti Resdung Natasya



Sabun herba anti-resdung dihasilkan dengan 100% minyak kelapa asli, ekstrak asam jawa, ekstrak kulit kayu manis dan kunyit untuk menentang radikal bebas. Selain itu, ia berfungsi untuk menegang, menggalakkan pertumbuhan sel baru kulit, menghilangkan jerawat dan mengatasi kegatalan pada wajah dan badan akibat masalah resdung. Ia mampu merawat tisu kulit yang rosak sambil mengekalkan keaslian kulit.

Cara penggunaan:
Cuci muka dengan Sabun Herba-Anti Resdung , urut perlahan-lahan selama beberapa minit dan bilas bersih dengan air.

RM 13.00 (WM), RM 15.00 (EM)